hala tuju selepas SPM!!!
Sunday, 17 June 2012 | 08:11 | 0 comments
salam satu malaysia semua..hahaha..ari nie aku nk cite sikit pasal hala tuju selepas spm..
for those who r taking exam and get ur result..congratz aku ucapkan...tak kirala macam mane result korang..u all bersyukurla..at least dah usaha yang terbaik kn?? waktu ambik result ni kan..macam macam reaction yang kita boleh tgk..Ada yang menangis kegembiraan,ada yang menangis kesedihan dan ada yang blurr.
so kat sini aku nk citela sikit tentang hala tuju selepas SPM..supaya korang semua clear akan perjalanan hidup korang lepas nie..
ade beberapa choice yang korang boleh buat:
firstly, for those yang dapat keputusan excellent,mintakla biasiswa tajaan mara or jpa..yang nie aku tak beberapa arif sangatla..sebab aku tak gi pun..tapi aku ade kawan yang dapat biasiswa ni..kalau mara,korang sekurang-kurangnya kena buat IB dulu selama 2 tahun sebelum fly..n kalau jpa dia ade byk persediaan..nila antaranya...
Program penajaan JPA dan KPM bagi tahun 2012 adalah seperti berikut :
(i) Program Biasiswa Nasional (PBN)
(ii) Bursary
(iii) Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman
(iv) Program Ijazah Luar Negara (PILN) – mulai tahun 2014
1. Program Biasiswa Nasional (PBN)
Penajaan kepada 50 orang pelajar paling cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 di kalangan yang terbaik atau crème de la crème mengikut senarai Kementerian Pelajaran Malaysia untuk melanjutkan pelajaran ke universiti terkemuka dunia berasaskan kepada merit akademik.
2. Bursary
Pada tahun ini, bagi mengiktiraf kecemerlangan pelajar lepasan SPM pada tahun 2011, semua pelajar cemerlang yang mendapat keputusan sekurang-kurangnya 9A+ dan ke atas akan ditawarkan Bursary secara AUTOMATIK oleh KPM tanpa mengira etnik, kaum, keturunan dan latarbelakang.
3. Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman
Program penajaan anjuran JPA kepada 300 pelajar dalam bidang kejuruteraan ke negara Jepun, Korea, Perancis dan Jerman. Pelajar akan ditindik bagi mengikuti program bahasa sebelum melanjutkan pengajian peringkat Ijazah pertama di negara berkenaan.
4. Program Ijazah Luar Negara (PILN) – mulai tahun 2014
Penajaan PILN di bawah anjuran JPA adalah juga terbuka kepada pelajar cemerlang lepasan program persediaan (diantaranya STPM, A-Level, IB) yang tidak ditaja di bawah Bursary. Semua calon PILN perlu memenuhi syarat serta telah mendapat tempat di universiti terkemuka dunia.
ok..next..kepada sesiapa yang dapat tawaran asasi or matrikulasi kpm pulak..
biasanya kalau asasi ni dia ambik masa 1 tahun je..except for UIA..
nila matrik yang pernah aku huni selama setahun..memang banyak kenangan..


Le' Name: Anis Afifah Bt Muhamad Yusoff.
@OiitPipah